Tuesday, November 29, 2011

Cicakman


Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan master criminal, Professor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof. Klon terbantut dengan kehadiran seorang superhero, Cicakman, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicakman ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda macho yang digilai ramai gadis.

Hairi sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luarbiasa, bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tania. Cicakman makin tertekan apabila warga Metrofulus menggangap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tania mula jatuh cinta dengan Danny. Prof. Klon yang tidak mahu rancangannya gagal, berkerjasama dengan dua penjenayah hebat Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luarbiasa.



0 comments:

Post a Comment